~~assalamualaikum~~


Friday, November 5, 2010

juruteknologi makmal perubatan..@MLT??

‘’Juruteknologi makmal perubatan….?keja padia lah tue..yang aku tau owg keja makmal check2 darah2 nie..ambik aiq kencing.tue ja kot aku tau.laaa..hang keja cmtue ka weh?...’’(loghat kedah)

Salam..persoalan yang sering bermain di minda sesiapa yang bertanyakan kepada saya apa yang saya belajar sekarang.Ayat diatas merupakan contoh soalan yang saya terima setelah mengambil keputusan untuk menerima tawaran belajar oleh SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM dibawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.Alhamdulillah,setelah belajar sehingga tahun ke2,saya bersyukur dengan apa yang saya pelajari.Bidang makmal perubatan adalah satu bidang yang menarik untuk dipelajari.Kadangkala bila ada kawan-kawan  persoalkan tentang ruginya saya melepaskan  tawaran belajar di University Islam Antarabangsa  Malaysia(UIAM) dalam kos kejururawatan,namun saya memilih untuk berfikir sebaliknya.Alhamdulillah,syukur dengan rezeki yang ALLAH S.W.T berikan dengan tawaran bidang makmal perubatan.Seperti sedia maklum,kami adalah pelajar tajaan yang dijamin kerja.InsyaALLAH,sekiranya tiada aral menintang,selepas habis belajar,kami akan ditawarkan bekerja di hospital-hospital atau klinik kesihatan.apa rezeki yang allah s.w.t berikan kepada saya,saya percaya dan yakin itulah terbaik.ya…saya masih lagi training(istilah bagi student kkm),jadi saya tidaklah pandai memberitahu lebih lanjut tentang juruteknologi makmal perubatan ini.Cuma disini ingin saya kongsikan bersama kawan-kawan.
bidang MLT dibahagikan kepada 7 disiplin secara umumnya

a. Mikrobiologi- Unit kajikuman(urine,sputum,tibi,blood,stool,pus,tissue,hvs,etc..)
b. Parasitologi- Unit Kajiparasit
c. Patologi Kimia- Unit ujian biokimia(LFT, BUSE, drugs....)
d. Haematologi- Kajidarah (kadar hemoglobin, kiraan jumlah sel darah etc..)
e. Immunohaematologi-Tabung darah
f. Cytology-Kajisel (pap smear, Sperm Count, smear for malignancy etc..)
g. Histopathology- kajitisu (tisu biopsy atau autopsy)

tugas MLT secara langsung sangat membantu doctor-doktor mendiagnos penyakit.Tanpa bantuan kami yang bekerja bahagian makmal ini,mana mungkin doctor dapat mengenalpasti penyakit .Tugas MLT sangat mencabar dan menarik bagi saya.Sepanjang 1 semester praktikal (ada 1 semester lagi..) saya menarik dan memberi 1 pengalaman yang bermakna sebagai training..akhir kata..
SAYA BANGGA MENJADI…JURUTEKNOLOGI MAKMA PERUBATAN..kami sedia membantu..

kolej yang melahirkan MLT(medical laboratory technologist)


inilah kolejku berada..Jalan Pahang,Kuala Lumpur






5 comments:

  1. lg baik awak amek diploma mlt drp asasi nurse uia tu...good choice

    ReplyDelete
  2. boleh awak critakn sdikit sbanyak mngenai temuduga utk separa perubatan..sy kena pg tmuduga ni 6t..bleyh beri tunjuk ajar.. :))

    ReplyDelete
  3. ooopps..sori..saya bukan pelajar kkm tp belajar kt uitm..dulu saya lepaskan tawaran matrik kpm dan pilih utk ke diploma mlt uitm..saya tak menyesal langsung sbb saya seronok belajar bidang ni..just nak gtwa yg awak telah pilih yg terbaik..

    ReplyDelete
  4. kak..sy nk mohon mlt under kkm..boley akk tlg terangkn lebey lnjut psl ni?keliru nk mohon kos ap

    ReplyDelete
  5. Salam'alaik, ukhti skrg dah bekerja sbg MLT ke? Sy baru nak interview lusa. di makmal perubatan swasta. kalu dah kerja, ada tips tak? :)[thiqah16789@gmail.com]

    ReplyDelete